Monday, July 29, 2013

Antara Sebab-Sebab Doa Terhalang Daripada Dimakbulkan Oleh Allah SWT


Gambar Hiasan

1. Makanan, minuman dan pakaian dari sumber yang haram.
2. Minta dimakbulkan doa dengan segera di mana akhirnya ia berputus asa dan
    berhenti berdoa kerana tidak dimakbulkan seperti yang diharapkan.
3. Melakukan maksiat.
4. Meninggalkan perintah Allah SWT.
5. Berdoa yang isinya mengandungi dosa dan memutuskan silaturrahim.
6. Doa yang tidak bersungguh-sungguh.
7. Berdoa dalam keadaan hati yang lalai iaitu tidak menghayati dan mengerti apa
    yang dipohon.
8. Tidak bersolawat ke atas Nabi Muhammad SAW sama ada di awal atau di akhir
    doa.
9. Melampaui batasan berdoa iaitu terlalu terperinci seolah-olah memerintah atau
    mengatur tindakan Allah SWT. Contohnya: "Ya Allah Ya Tuhanku, murahkan
    rezeki aku, berilah aku kekayaan,  jadikan aku jutawan, berilah aku duit
    RM5 juta kerana aku ingin beli rumah."

Sumber: Khutbah Jumaat di Masjid Seksyen 6, Kota Damansara (26hb Julai 2013).
.

No comments: