Di
antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal
untuk mendengar cakap dan terlalu manja:
1.
Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW
sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib
buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam
selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan
fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang
makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan.
Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap.
Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap
Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan
fikiran anak di samping jaga kulit.
2.
Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang
degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3.
Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji,
ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4.
Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah
Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat
ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan
tidak banyak meragam.
5.
Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja
tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa
belajar.
6.
Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi,
lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7.
Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah
untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang,
baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam
semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8.
Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian,
warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
9.
Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas
tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10.
Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan
mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat
pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat
juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan
extra nakal.
11. Ibubapa
baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi
hebat dan cemerlang.
Prinsip
hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan
ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin
rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan
kita dengan semua orang.
Mulai
hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1.
Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah
untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2.
Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga
solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam.
Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut
kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada
Allah SWT.
3.
Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih,
badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang
dan anak dengar cakap kita.
4.
Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai,
bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar
diri dan keluarga jaga solat.
5.
Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5
dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan
doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri
akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai
masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang
perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya. Saya sertakan
set Doa Harian
untuk
anda amalkan. Kongsikan doa-doa tersebut dengan kawan-kawan dan
keluarga yang lain. Sila klik Di Sini.
6.
Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan
sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia,
binatang, jin dan sihir.
7.
Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah
Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus
ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum
dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8.
Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah
jika ingkar perintah ibubapa.
9.
Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita
untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan
melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama
DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya
berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai,
anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri,
anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10.
Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar,
bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus
ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah
berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap
atau hujah ibu.
11.
Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
i.
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
ii.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas
redha ini.
iii.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya
Allah, Kau
bantulah
selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar,
baik
akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya
Allah
hati
akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12.
Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas
kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu
dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada
ibubapa.
13.
Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya
atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang
baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian
dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak
kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi
anak yang baik.
Cuba
amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40
hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan
selesai langkah demi langkah.
Selamat
beramal dan moga berjaya, wassalam.
Sumber
Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
.